Naskhah Quran Birmingham | |
---|---|
Perpustakaan Penyelidikan Cadbury, Universiti Birmingham | |
Tarikh | Antara lebih kurang tahun 568M dan tahun 645M |
Bahasa | Arab |
Scribe(s) | Tidak diketahui |
Bahan | |
Format | menegak |
Tulisan | Hijaz |
Kandungan | Sebahagian surah 18 hingga 20 |
Taksiran | 1572a |
Sebahagian dari siri mengenai |
القرءان الکريم al-Quranul Karim |
---|
Dua lembaran sebuah naskhah Quran awal dalam Koleksi Mingana[1] naskhah Timur Tengah Perpustakaan Penyelidikan Cadbury Universiti Burmingham telah ditemui pada tahun 2015 sebagai bertarikh antara tahun 568M dan tahun 645M, menjadikannya antara naskhah Quran tertua setakat ini.[2][3]
Naskhah ini ditulis dengan dakwat di atas kertas kulit, menggunakan khat Hijaz Arab yang agung dan masih boleh dibaca dengan mudah.[3] Lembaran ini mengandungi sebahagian Surah 18 hingga 20.[4] Pihak universiti bercadang untuk meletakkan naskhah ini dalam pameran awam di Bangunan Muzik Bramall di universiti pada bulan Oktober 2015,[2][5] dan kemudian di Muzium Birmingham dan Galeri Seni pada tahun 2016.[6]
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search